Notis Mengenai Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

1. PENGUMPULAN DATA PERIBADI
Selaras dengan keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, kami mengedarkan notis ini kepada semua pelanggan yang dihargai.Semasa berurusan dengan GPNE Live-well Nutraceuticals (UK) Private Ltd, anda akan diminta untuk memberikan ataupun telah memberikan data peribadi anda kepada kami untuk dikumpul, diguna dan diproses bagi tujuan berkaitan dengan perkhidmatan kami.

 

2. TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI OLEH GPNE LIVE-WELL NUTRACEUTICALS (UK) PRIVATE LTD
Kami mengumpul data peribadi secara langsung daripada Subjek Data, dan dalam konteks ini, melalui borang pendaftaran penebusan dalam talian daripada anda.

Data peribadi anda akan digunakan untuk tujuan berikut:-

  1. Untuk menghantar jemputan kepada anda ke bahan promosi, iklan kami untuk tujuan pemasaran; untuk tujuan pentadbiran;
  2. Untuk penilaian dan analisis pasaran, pelanggan kami dan/atau bakal pelanggan berhubung dengan perkhidmatan kami;
  3. Untuk memantau, mengkaji semula dan meningkatkan perkhidmatan kami;
  4. Untuk penyimpanan rekod dalaman;
  5. Untuk mematuhi sebarang undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan kami dan membuat pendedahan di bawah kehendak mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod yang berkaitan dengan syarikat kami;
  6. Sebarang tujuan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh kami.

 

3. SIFAT DATA PERIBADI
Data peribadi adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat berikut:-

  1. Nama individu
  2. Alamat
  3. Nombor kad pengenalan (MyKad)
  4. Nombor passport
  5. Nombor telefon

 

4. KEGAGALAN TIDAK MEMBERIKAN DATA PERIBADI ANDA
Kegagalan untuk mendapatkan data peribadi anda akan mengakibatkan perkara berikut:-

  1. Kami tidak akan dapat menyediakan anda dengan maklumat terkini mengenai perkhidmatan kami;
  2. Kami tidak akan dapat menyediakan anda dengan apa-apa notis, perkhidmatan yang telah diminta oleh anda.

 

5. PENDEDAHAN DATA PERIBADI ANDA
Kami akan menyimpan data peribadi anda secara sulit tetapi anda dengan ini bersetuju dan akan memberi kuasa kepada kami untuk mendedahkan data peribadi anda kepada kategori pihak-pihak berikut:-

  1. Mana-mana pihak yang kami dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang atau sebagai tindak balas kepada agensi yang berwibawa atau kerajaan;
  2. Mana-mana pihak yang berkaitan dan sekutu dengan syarikat kami;
  3. Agensi-agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri;
  4. Juruaudit, perunding, akauntan, peguam atau lain-lain penasihat kewangan atau profesional kami;
  5. Kontraktor, sub-kontraktor atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami sebagaimana yang dianggap perlu;
  6. Pembekal perkhidmatan yang dilantik oleh kami berhubung dengan program kesetiaan kami bagi tujuan penghantaran penebusan hadiah dan perkhidmatan.

 

6. KESELAMATAN DATA PERIBADI ANDA
Kami akan menyimpan dan memproses data anda dengan cara yang selamat. Kami berusaha, di mana boleh dilaksanakan, untuk melaksanakan pentadbiran, pelindungan keselamatan dan prosedur yang sesuai selaras dengan peraturan dan undang-undang berkenaan untuk mengelakkan pemprosesan yang tidak sah atau melanggar undang-undang terhadap data peribadi anda dan kehilangan atau kemusnahan secara tidak sengaja, atau kerosakan terhadap data peribadi anda.

 

7. PEMINDAHAN DAN PERKONGSIAN DATA
Jika kami berpendapat ia adalah diperlukan untuk berhubung dengan peruntukan perkhidmatan kepada anda untuk memindahkan data peribada anda kepada ahli syarikat kami yang lain atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga di dalam atau di luar negara di mana kami ditubuhkan, di bawah syarat kesulitan dan tahap perlindungan keselamatan yang serupa.

 

8. AKSES DAN PEMBETULAN KEPADA DATA PERIBADI ANDA
Ia adalah hak anda sebagai subjek data untuk mempunyai akses dan membetulkan data peribadi anda di mana anda telah berikan kepada kami dan dalam hal ini, anda boleh:-

  1. Memeriksa jika kami memegang atau menggunakan data peribadi anda dan minta akses kepada data peribadi anda;
  2. Meminta pembetulan mana-mana data peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemas kini;
  3. Meminta penjelasan mengenai dasar-dasar dan prosedur berkenaan dengan data peribadi anda yang diberikan kepada kami;
  4. Meminta kami untuk menghentikan pemprosesan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran;
  5. Meminta kami untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, termasuk mengehadkan data peribadi orang yang mungkin dikenal pasti daripada data peribadi anda.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hantar pertanyaan anda berhubung dengan akses atau pembetulan dan/atau pemadaman data peribadi anda, atau untuk mendapatkan maklumat mengenai dasar-dasar dan prosedur dan jenis data peribadi yang dikendalikan oleh kami, sila hubungi kami di:-
Emel: [email protected]

 

9. MAKLUMAT LAIN TERSEDIA
Sila rujuk laman web syarikat kami.

 

10. BAHASA
Notis mengenai data peribadi ini diterbitkan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris, versi Bahasa Melayu dan versi Bahasa Cina, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.