Terma & Syarat

Penggunaan Laman Web

Sila fahami terma dan syarat ini dengan teliti sebelum menggunakan Laman Web ini. Dengan menggunakan Laman Web ini, anda mengesahkan yang anda bersetuju tanpa syarat dengan Terma dan Syarat berikut. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat ini, sila elakkan daripada menggunakan Laman ini.

Ketepatan Maklumat

Semua langkah-langkah telah diambil untuk memastikan maklumat di Laman Web ini adalah lengkap, tepat dan terkini. Namun begitu, maklumat pada Laman Web ini boleh, ada ketikanya, tidak tepat, tidak lengkap dan tidak terkini. Kami tidak membuat sebarang representasi berkenaan kelengkapan, ketepatan atau kekinian sebarang maklumat di Laman Web ini. Sebagai contoh, sampel yang dipaparkan dalam Laman Web ini mungkin tidak tersedia atau mungkin mempunyai sifat-sifat yang berlainan daripada yang disenaraikan. Tambahan lagi, kami mungkin akan membuat perubahan dalam maklumat tanpa memberi notis terlebih dahulu.

Nasihat daripada Penasihat-penasihat Kesihatan

Walaupun nasihat daripada para penasihat kesihatan kami adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka, nasihat dan cadangan yang mereka berikan bukan bertujuan untuk menggantikan nasihat daripada pakar perubatan anda. Anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan profesional mengenai kebolehgunaan cadangan yang berkaitan dengan simptom-simptom atau keadaan kesihatan anda.

Perlindungan Laman Web

Reka bentuk Laman Web ini, semua teks, grafik, maklumat, kandungan dan bahan lain yang dipaparkan atau yang boleh dimuat turun daripada Laman Web ini adalah dilindungi oleh undang-undang hak cipta, tanda dagang dan lain-lain dan tidak boleh digunakan kecuali setakat yang dibenarkan oleh Terma dan Syarat ini atau dengan kebenaran bertulis daripada pemilik bahan-bahan yang sedemikian terlebih dahulu. Semua hak cipta adalah terpelihara.

Hak Cipta

Semua kandungan tidak boleh disalin, dipindah, diubah suai, diedar, dipapar atau sebaliknya menggunakan sebarang bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada kami. Kegagalan berbuat demikian boleh melanggar undang-undang hak cipta.

Tanda Dagang

Tanda dagang, nama dagang, tanda perkhidmatan dan logo yang digunakan atau dipaparkan di Laman Web ini adalah tanda dagang, nama dagang dan tanda perkhidmatan yang berdaftar dan tidak berdaftar milik kami dan sekutu-sekutu kami. Tanda dagang, nama dagang dan tanda perkhidmatan lain-lain yang diguna atau dipaparkan di Laman Web ini adalah tanda dagang, nama dagang dan tanda perkhidmatan yang berdaftar dan tidak berdaftar kepunyaan pemilik kami masing-masing, termasuk sekutu-sekutu kami. Tiada apa-apa yang terkandung dalam Laman Web ini membenarkan atau harus ditafsirkan sebagai membenarkan, secara implikasi atau sebaliknya, sebarang lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana tanda dagang, nama dagang, tanda perkhidmatan atau logo yang terpapar di Laman Web ini tanpa kebenaran bertulis daripada kami atau pemilik lain yang seumpamanya.

Pautan-pautan Pihak Ketiga

Ada ketikanya Laman Web ini akan mempunyai pautan-pautan ke laman-laman web yang tidak dimiliki, dikendalikan atau dikawal oleh kami atau ahli-ahli sekutu kami (termasuk, tetapi tidak terhad kepada drugstore.com). Kesemua pautan yang sedemikian disediakan semata-mata untuk kemudahan anda. Sekiranya anda menggunakan pautan-pautan ini, anda akan meninggalkan Laman Web ini. Kami atau mana-mana sekutu kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan, bahan atau maklumat lain yang terdapat atau yang boleh diakses daripada mana-mana laman web yang lain. Kami atau mana-mana sekutu kami tidak mengendors, menjamin atau membuat sebarang representasi atau waranti mengenai mana-mana laman web yang lain atau terhadap sebarang kandungan, bahan atau maklumat lain yang terdapat atau yang boleh diakses daripada mana-mana laman web lain atau hasil yang anda boleh dapati daripada menggunakan mana-mana laman web lain. Sekiranya anda memutuskan untuk mengakses mana-mana laman web lain yang dipautkan ke atau daripada Laman Web ini, anda melakukannya atas risiko yang ditanggung sendiri.

Pautan ke Laman Web ini

Mencipta atau menyenggarakan sebarang pautan daripada laman web lain ke mana-mana halaman pada Laman Web ini tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu adalah dilarang. Mengusahakan atau memaparkan Laman web ini atau sebarang maklumat atau bahan yang dipaparkan di Laman Web ini dalam kerangka atau melalui kaedah-kaedah yang serupa pada laman web yang lain tanpa kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu adalah dilarang. Mana-mana pautan yang dibenarkan ke Laman Web ini hendaklah mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang terpakai.

Bahan Tidak Sesuai

Memuat naik atau memaparkan sebarang bahan yang melanggar undang-undang, berbaur hasutan, ancaman, lucah, pornografi atau menghina atau sebarang bahan yang mengandungi atau menyokong perbuatan yang boleh dianggap satu kesalahan jenayah atau membawa kepada liabiliti awam atau sebaliknya mencabuli mana-mana undang-undang adalah dilarang. Sebagai tambahan kepada sebarang remedi yang kami mungkin ada dari segi undang-undang atau dalam kesaksamaan, sekiranya kami mendapati, menurut budi bicara mutlak kami, bahawa anda telah mencabuli atau berkemungkinan untuk mencabuli larangan-larangan yang telah dinyatakan di atas, kami mungkin akan mengambil tindakan yang kami anggap perlu untuk mencegah pencabulan tersebut, termasuk tanpa terhad kepada, mengeluarkan bahan-bahan yang berkaitan dengan serta-merta daripada Laman Web ini. Kami akan bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak penguatkuasa undang-undang atau arahan atau sapina mahkamah yang meminta atau mengarahkan kami untuk mendedahkan identiti sesiapa yang memuat naik bahan-bahan yang sedemikian.

Maklumat Pengguna

Selain daripada maklumat pengenalan diri yang tertakluk kepada Penyata Privasi Laman Web ini, sebarang bahan, cadangan, idea, konsep, pengetahuan, teknik, maklumat, soalan, komen atau bentuk komunikasi lain lain yang anda hantar atau kirim ke Laman Web ini dalam apa-apa kaedah (“Komunikasi Pengguna”) adalah dan akan dianggap sebagai bukan sulit dan bukan hak milik. Kami dan sekutu-sekutu kami dan wakil-wakil yang dilantik oleh kami boleh menggunakan mana-mana atau semua Komunikasi Pengguna untuk sebarang tujuan apa jua pun, termasuk tanpa terhad kepada penghasilan semula, transmisi, pendedahan, penerbitan, penyiaran, pembangunan, pembuatan dan/atau pemasaran dalam apa-apa cara jua pun, untuk sebarang atau semua tujuan komersial atau bukan komersial. Kami mungkin tetapi tidak berkewajipan untuk, memantau atau menyemak mana-mana Komunikasi Pengguna. Kami tidak akan berkewajipan untuk mengguna, memulang, menyemak atau memberi maklum balas kepada mana-mana Komunikasi Pengguna. Kami tidak akan bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan kandungan sebarang Komunikasi Pengguna yang sedemikian, sama ada yang timbul di bawah undang-undang hak cipta, fitnah, privasi, kelucahan atau sebaliknya atau tidak. Kami mengekalkan hak untuk mengeluarkan mana-mana atau semua Komunikasi Pengguna yang mengandungi sebarang bahan yang kami anggap tidak sesuai atau tidak boleh diterima.

Penafian

Penggunaan laman ini adalah atas risiko anda sendiri. Maklumat, bahan-bahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di dan melalui Laman Web ini adalah disediakan berdasarkan “seadanya” tanpa sebarang waranti dalam apa-apa bentuk termasuk waranti sampel, kesesuaian bagi tujuan tertentu atau bukan pelanggaran harta intelek. Kami juga tidak memberi jaminan terhadap ketepatan maklumat, bahan-bahan atau perkhidmatan yang disediakan di atau melalui Laman Web ini. Maklumat, bahan-bahan dan perkhidmatan yang disediakan di atau melalui Laman Web ini mungkin bukan terkini dan kami juga tidak membuat sebarang komitmen atau menerima sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini maklumat, bahan-bahan atau perkhidmatan yang sedemikian. Pengecualian waranti tersirat ini ini tidak terpakai setakat yang dilarang oleh undang-undang. Sila rujuk kepada undang-undang tempatan anda bagi mana-mana larangan yang sedemikian.

Sekatan Liabiliti

Kami tidak bertanggungjawab atau akan dipertanggungjawabkan atas sebarang kerosakan kepada atau sebarang virus yang mungkin menyerang komputer anda, peralatan telekomunikasi atau lain-lain harta yang disebabkan oleh atau yang timbul daripada akses anda kepada, penggunaan atau melayari Laman Web ini atau perbuatan anda memuat turun sebarang maklumat atau bahan daripada Laman Web ini. Dalam apa-apa keadaan sekalipun, kami atau mana-mana pegawai, pengarah, pekerja, sekutu, ejen pengganti dan penerima serah hak, juga mana-mana pihak, tidak akan terlibat dalam penciptaan, penghasilan atau penyiaran kerosakan tidak langsung, istimewa, sampingan atau akibat yang timbul daripada penggunaan, ketidakupayaan untuk menggunakan atau akibat daripada penggunaan Laman Web ini, mana-mana laman web yang dipautkan ke Laman Web ini atau bahan-bahan, maklumat atau perkhidmatan yang terkandung dalam mana-mana atau semua laman web yang seumpamanya, sama ada bergantung kepada jaminan, kontrak atau mana-mana teori undang-undang lain dan sama ada dinasihatkan tentang kerosakan yang mungkin berlaku atau tidak. Sekatan liabiliti yang dinyatakan di atas tidak terpakai setakat yang dilarang oleh undang-undang. Sila rujuk kepada undang-undang tempatan anda untuk mengetahui tentang mana-mana larangan yang sedemikian.

Anda akan bersetuju untuk tidak terus menggunakan Laman Web ini sekiranya sebarang isu timbul daripada penggunaan Laman Web ini atau mana-mana kandungannya.

Semakan Terma dan Syarat

Terma dan Syarat ini boleh disemak semula pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa dengan mengemaskini siaran ini. Anda harus lawati halaman ini dari semasa ke semasa untuk menyemak Terma dan Syarat semasa kerana ia mengikat ke atas anda. Ada peruntukan tertentu dalam Terma dan Syarat ini yang boleh digantikan oleh notis undang-undang atau terma yang terletak di halaman tertentu di Laman Web ini.

Pelaksanaan Terma dan Syarat; Bidang Kuasa

Terma dan syarat yang ditetapkan kemudian daripada ini akan menggantikan mana-mana perjanjian lain di antara anda dan GPNE Live-well Nutraceuticals (UK) Private Ltd atau setakat yang perlu untuk menyelesaikan apa-apa yang tidak konsisten atau tidak jelas. Terma dan Syarat ini akan ditadbir dan ditafsir menurut undang-undang United Kingdom, tanpa menjejaskan mana-mana prinsip konflik undang-undang. Sebarang tindakan untuk mendapatkan pelepasan undang-undang atau kesaksamaan yang timbul daripada atau yang berkait dengan Laman Web ini hanya boleh dikemukakan di United Kingdom sahaja.

Penamatan

Anda atau kami boleh menggantung atau menamatkan penggunaan anda ke atas Laman Web ini pada bila-bila masa, untuk sebarang sebab atau tanpa sebab. Kami berhak untuk mengubah, menggantung atau tidak meneruskan semua atau mana-mana aspek Laman Web ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis.

Maklumat Berkaitan Kesihatan

Maklumat yang terkandung dalam Laman Web ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan bukan untuk menggantikan nasihat yang diberikan oleh doktor anda atau pakar penjagaan kesihatan profesional lain. Anda tidak harus menggunakan maklumat yang disediakan di atau melalui Laman Web ini (termasuk tetapi tidak terhad kepada, maklumat yang mungkin disediakan di Laman Web ini oleh pakar penjagaan kesihatan atau nutrisi profesional yang bertugas dengan atau dilantik secara kontrak oleh kami) untuk mendiagnosis atau merawat masalah kesihatan atau penyakit atau mempreskripsi sebarang ubat. Maklumat dan kenyataan mengenai makanan tambahan ini bukan bermaksud untuk mendiagnosis, merawat, mengubat atau mencegah sebarang penyakit.

Indemniti

Anda bersetuju untuk melindungi dan memastikan kami dan syarikat induk, sekutu-sekutu (dan penerima francais dan lesen kami), dan subdiari, pegawai, pengarah, pekerja, pengganti dan penerima serah hak, selamat daripada sebarang tuntutan, kerugian atau permintaan, termasuk yuran guaman yang munasabah, yang dibuat oleh mana-mana pihak ketiga disebabkan oleh atau yang timbul daripada penggunaan Laman Web kami oleh anda, hubungan anda dengan Laman Web kami, pencabulan Terma dan Syarat ini atau pencabulan yang anda lakukan ke atas mana-mana hak pihak yang lain. Indemniti ini akan mengatasi penamatan Terma dan Syarat ini.

Penggunaan Domestik & Peraturan Eksport

Kami tidak membuat sebarang representasi bahawa Laman Web ini atau kandungannya (termasuk, tanpa terhad kepada, mana-mana perkhidmatan yang disediakan di atau melalui Laman Web ini) adalah sesuai atau sedia diguna di lain-lain lokasi. Pengguna yang mengakses Laman Web ini melakukannya atas inisiatif mereka sendiri dan haruslah bertanggungjawab untuk patuh kepada undang-undang tempatan, sekiranya terpakai. Tiada kandungan daripada Laman Web ini yang boleh dimuat turun yang mencabuli undang-undang United Kingdom.

Pelbagai

Kegagalan kami untuk melaksanakan atau menjalankan mana-mana hak atau peruntukan Terma dan Syarat ini tidaklah boleh dianggap sebagai satu penepian hak atau peruntukan yang sedemikian oleh kami. Sekiranya mana-mana peruntukan Terma dan Syarat ini didapati oleh mahkamah dengan bidang kuasa kompeten sebagai tidak sah, pihak-pihak terlibat dengan ini bersetuju bahawa mahkamah hendaklah mengambil kira niat pihak-pihak tersebut seperti yang digambarkan dalam peruntukan tersebut dan peruntukan Terma dan Syarat kami yang lain kekal berkuatkuasa sepenuhnya. Anda bersetuju bahawa tanpa mempedulikan sebarang statut undang-undang yang sebaliknya, sebarang tuntutan atau tindakan yang timbul daripada atau berkait dengan penggunaan Laman Web ini atau Terma dan Syarat kami hendaklah difailkan dalam tempoh satu (1) tahun selepas tuntutan atau tindakan yang sedemikian timbul atau selama-lamanya disekat.

Cara untuk Menghubungi Kami

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut mengenai Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini atau jika anda mempunyai sebarang soalan atau komen, sila hubungi kami melalui emel di [email protected].

Terma dan Syarat ini telah dikemas kini pada Sept 2022.