Terma Perkhidmatan

Pengenalan

Laman web heartvitamin-k2.com (“Laman”) disediakan sebagai sebuah laman sumber maklumat dan bukan bertujuan untuk menggantikan nasihat dan rawatan perubatan oleh pakar penjagaan kesihatan profesional anda. Terma Perkhidmatan Laman ini menjelaskan peraturan, terma dan syarat Laman kami. Sila baca Terma Perkhidmatan ini dengan teliti sebelum mendaftar di Laman ini. Terma-terma yang berikut mengandungi perjanjian di antara heartvitamin-k2.com, pengendali Laman dan anda. Perjanjian ini (“Terma Perkhidmatan”) akan mentadbir cara anda menggunakan Laman ini, sebagai pelawat biasa dan sebagai seorang peserta.

Dengan menggunakan laman ini, dan/atau dengan mendaftar dengan kami bermakna anda bersetuju dengan Terma Perkhidmatan ini, termasuklah bahawa anda membenarkan amalan maklumat yang didedahkan dalam Polisi Privasi kami. Kami ingin menjelaskan bahawa Laman ini dipersembahkan “seadanya” tidak termasuk waranti.

Maklumat Laman

Laman ini mengandungi pelbagai maklumat dan kaedah mengenai kesihatan dan bagaimana untuk kekal sihat. Kandungannya ditulis sama ada oleh kami sendiri atau penulis-penulis yang berkhidmat dengan kami. Kandungan yang kami tulis akan disemak oleh pakar-pakar kesihatan sebelum ia dipaparkan. Semua yang kami paparkan di Laman akan dirujuk secara kolektif dalam Terma Perkhidmatan ini sebagai “Perkhidmatan”.

Pengubahsuaian kepada Perjanjian

Kami mungkin mengubah Terma Perkhidmatan ini pada bila-bila masa yang kami fikir perlu. Jika kami membuat sebarang perubahan, kami akan memaklumkan mengenainya kepada anda dengan memberi notis di Laman bahawa Terma Perkhidmatan telah dikemas kini. Jangan gunakan Laman sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana daripada perubahan tersebut. Sekiranya anda terus menggunakan Laman ini selepas perubahan tersebut berkuatkuasa, ia menunjukkan bahawa anda telah bersetuju dengan terma-terma yang baharu tersebut.

Pendaftaran

Apabila anda mendaftar untuk sampel kami, anda dikehendaki untuk memberikan nama, nombor kad pengenalan, alamat emel dan alamat rumah anda. Ini adalah kelayakan anda untuk mengakses Perkhidmatan yang hanya disediakan kepada peserta (“Kelayakan”).

Maklumat Peribadi

Polisi Privasi heartvitamin-k2.com menjelaskan amalan-amalan maklumat yang digunakan untuk maklumat peribadi anda yang kami ada. Anda membenarkan pemindahan maklumat ini kepada kami untuk diproses dan disimpan. Tambahan lagi, anda bersetuju bahawa kami boleh menggunakan Kelayakan anda untuk mengesahkan anda pada mana-mana Perkhidmatan atau Laman ini.

Tanggungjawab Anda

Anda bertanggungjawab terhadap semua penggunaan Laman ini dan Perkhidmatan yang menggunakan Kelayakan anda, termasuk penggunaan oleh orang lain yang anda telah berikan Kelayakan anda. Anda hanya boleh menggunakan Laman dan Perkhidmatan ini untuk tujuan-tujuan yang tidak melanggar undang-undang dan bukan komersial sahaja. Apabila anda mengambil bahagian dalam komuniti kami, anda hendaklah mematuhi Garis Panduan Penyiaran. Anda tidak boleh menggunakan Laman dalam apa-apa cara yang boleh merosakkan, melumpuhkan, terlalu membebani atau melemahkan pelayan-pelayan kami atau rangkaian atau mengganggu penggunaan dan keseronokan mana-mana pihak yang lain dalam menggunakan Laman dan Perkhidmatan ini. Anda tidak boleh mencuba untuk mendapatkan akses yang tidak dibenarkan ke mana-mana Perkhidmatan, akaun pengguna atau sistem komputer atau rangkaian melalui penggodaman, perlombongan kata laluan atau apa-apa kaedah yang lain. Kami mungkin akan mengambil apa-apa tindakan undang-undang dan teknikal untuk mencegah pencabulan terhadap peruntukan ini dan untuk menguatkuasakan Terma Perkhidmatan ini.

Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan

Kami mungkin ada ketikanya menambah Perkhidmatan baharu, menggantikan Perkhidmatan sedia ada dengan Perkhidmatan yang baharu atau tidak meneruskan Perkhidmatan sedia ada. Maklumat mengenai Perkhidmatan baharu akan dimasukkan di Laman dan penggunaan Perkhidmatan baharu akan diselia oleh Terma Perkhidmatan ini.

Pautan ke Lain-lain Laman

Pautan ke lain-lain laman web mungkin akan dimasukkan dalam laman web ini. Sebahagian daripada laman-laman ini mungkin mengandungi bahan-bahan yang tidak tepat atau melanggar undang-undang. Pautan-pautan ini disediakan untuk kemudahan anda sahaja. Kami tidak mengendors laman-laman ini atau produk-produk dan perkhidmatan yang mereka sediakan. Anda mengiktiraf dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab dan tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap kandungan atau ketepatan laman-laman yang lain ini.

Terma-terma Tambahan

Perkhidmatan tertentu di Laman ini mungkin mempunyai terma-terma tambahan (seperti polisi dan garis panduan) yang akan selanjutnya menyelia penggunaan anda bagi Perkhidmatan tersebut dan menjadi tambahan kepada Terma Perkhidmatan ini. Sekiranya anda memilih untuk berdaftar untuk atau mengakses mana-mana Perkhidmatan yang sedemikian, anda akan diberikan apa-apa terma dan syarat tambahan yang berkaitan pada masa tersebut. Dengan menggunakan Perkhidmatan tersebut, anda bersetuju untuk mematuhi garis panduan dan peraturan tambahan yang seumpamanya.

Spam Tidak Dibenarkan

Anda tidak boleh menggunakan sebarang maklumat hubungan yang diberikan oleh pengguna-pengguna kami atau mengumpul maklumat mengenai pengguna-pengguna kami bagi tujuan menghantar atau untuk memudahkan penghantaran komunikasi pukal yang tidak diminta seperti SPAM atau SPIM. Anda tidak boleh membenarkan orang lain untuk menggunakan akaun anda untuk mencabuli terma-terma bahagian ini. Kami boleh menamatkan akses anda ke Laman ini dengan serta-merta dan mengambil lain-lain tindakan undang-undang sekiranya anda atau sesiapa yang menggunakan Kelayakan anda mencabuli peruntukan-peruntukan ini.

Penggunaan Kandungan oleh Anda

Semua Kandungan yang didapati di Laman ini dimiliki oleh kami dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta, tanda dagang, paten dan proprietari. Anda dibenarkan untuk menggunakan Kandungan untuk tujuan peribadi dan bukan komersial sahaja. Anda juga boleh mencetak, memuat turun dan menyimpan artikel-artikel dan lain-lain maklumat bagi kemudahan anda sendiri tetapi tidak boleh mengedar, menerbit semula (kecuali seperti yang dibenarkan dalam perenggan ini) atau menjual mana-mana Kandungan atau mengeksploitasi Kandungan untuk mendapat keuntungan komersial.

Pautan ke Laman Web Ini

Secara umumnya, anda tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada heartvitamin-k2.com untuk meletakkan satu pautan teks di laman anda yang akan memaut kembali ke Laman ini. Kami berhak untuk menarik balik kebenaran kepada pautan tersebut pada bila-bila masa menurut budi bicara mutlak kami. Sekiranya kami menarik balik kebenaran yang sedemikian, anda bersetuju untuk dengan serta-merta mengeluarkan dan melumpuhkan mana-mana dan semua pautan anda ke Laman ini. Sekiranya tiada satu perjanjian bertulis dengan kami yang menyatakan anda boleh memaut ke Laman ini, sila hubungi kami untuk garis panduan tentang cara anda harus memaparkan pautan tersebut.

Peraduan

Kadang kala kami mungkin akan menawarkan peraduan di Laman ini. Peraduan akan ditadbir oleh peraturan-peraturan khusus yang boleh diakses daripada halaman yang menawarkan pertandingan dan akan diberikan kepada anda pada masa anda memilih untuk mengambil bahagian.

Penafian Waranti

Laman ini dan Perkhidmatannya disediakan secara “seadanya”, “dengan segala kecacatan” dan “seperti yang tersedia”. Kami dan para pembekal kami tidak memberi waranti atau jaminan tentang Perkhidmatan yang ada. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami dan para pembekal kami menafikan waranti tersirat bahawa Perkhidmatan yang disediakan adalah boleh diniagakan, berkualiti yang memuaskan, tepat, sesuai untuk tujuan atau keperluan tertentu, atau tidak melanggar sebarang undang-undang. Kami dan para pembekal kami tidak memberi jaminan bahawa keputusan yang diperolehi daripada penggunaan Perkhidmatan akan berkesan, boleh dipercayai dan tepat atau memenuhi keperluan anda. Kami dan para pembekal kami juga tidak menjamin ia memenuhi peraturan kerajaan yang memerlukan pendedahan maklumat pada produk-produk ubat preskripsi. Tiada sebarang maklumat lisan atau bertulis daripada wakil heartvitamin-k2.com yang akan memberi satu waranti. Anda menggunakan Laman dan Perkhidmatan tersebut atas risiko anda sendiri.

Tujuan Pendidikan Sahaja

Semua maklumat yang didapati pada Laman ini adalah bagi tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak harus menjadi pengganti kepada nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional. Hubungi pakar penjagaan kesihatan profesional anda sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan atau soalan mengenai kesihatan dan kesejahteraan anda. Pembangunan dalam penyelidikan perubatan boleh memberi kesan kepada maklumat kesihatan, kecergasan dan nutrisi yang didapati di sini. Tiada jaminan yang boleh diberikan bahawa maklumat yang terdapat di Laman ini akan sentiasa mengandungi penemuan atau perkembangan terbaharu berkaitan bahan tertentu.

Nasihat Perubatan Peribadi dan Berkaitan Kesihatan

Laman ini TIDAK MENYEDIAKAN nasihat perubatan atau penjagaan kesihatan peribadi. Maklumat yang terkandung dalam laman web ini adalah digunakan untuk tujuan pendidikan sahaja, dan tidak seharusnya digunakan sebagai pengganti nasihat perubatan yang betul daripada profesional yang berkelayakan.

Jika anda sedang mengambil sebarang ubat yang dipreskripsikan (antikoagulan/produk cair darah) , anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor anda terlebih dahulu.

Had Liabiliti Umum

Mengakses dan menggunakan Laman dan Perkhidmatan ini tidak menghasilkan kerahsiaan di antara pengamal / pesakit dalam apa-apa cara jua pun. Kami tidak menyokong atau mengendors sebarang ujian, pakar penjagaan kesihatan, prosedur, pendapat atau lain-lain maklumat tertentu yang mungkin terdapat pada Laman ini. Sekiranya anda bergantung kepada sebarang maklumat yang diberikan oleh Laman ini, para pekerjanya atau tetamu atau pelawatnya, anda melakukannya secara eksklusif atas risiko yang ditanggung sendiri.

Penamatan

Sekiranya berlaku pencabulan terhadap Terma Perkhidmatan atau lain-lain polisi dan terma yang dikirim pada Perkhidmatan oleh anda, kami boleh, tanpa memberi notis, menamatkan dan / atau menggantung pendaftaran anda berkuatkuasa serta-merta.

Jaminan Ganti Rugi

Apabila diminta oleh kami, anda bersetuju untuk mempertahankan, melindungi dan memastikan kami, para pekerja, kontraktor, pegawai, pengarah, ejen, syarikat induk, lain-lain syarikat sekutu dan para pembekal, terpelihara daripada semua liabiliti, tuntutan dan perbelanjaan termasuk yuran guaman yang timbul daripada penggunaan atau penyalahgunaan Laman dan Perkhidmatan ini oleh anda. Kami berhak untuk mengawal pembelaan untuk mana-mana tuntutan pihak ketiga yang tertakluk kepada jaminan ganti rugi oleh anda, yang mana anda akan bekerjasama dengan kami dalam melaksanakan sebarang pembelaan yang ada.

Pilihan Undang-undang dan Lokasi untuk Penyelesaian Pertikaian

Terma Perkhidmatan yang ditetapkan di sini adalah ditadbir dan ditafsirkan menurut undang -undang United Kingdom dan sebarang tuntutan atau pertikaian yang anda mungkin ada terhadap kami. Anda selanjutnya bersetuju bahawa sebarang pertikaian atau tuntutan yang anda mungkin ada terhadap kami akan diselesaikan oleh mahkamah yang terletak di United Kingdom.

Tanda Dagang

Semua tanda dagang yang terpapar pada Perkhidmatan adalah harta pemilik-pemilik mereka masing-masing, termasuk, tanpa terhad kepada, heartvitamin-k2.com. Tiada hak, lesen atau minat kepada tanda dagang yang sedemikian diberikan oleh Perjanjian ini.